Butang 'R' Astro Malaysia

Semasa berlakunya acara berprofil tinggi, Astro akan menambahkan butang 'R' (warna merah) interaktif pilihan dan kadangkala menambahkan saluran baru bagi acara itu untuk menyiarkan siaran khas dan eksklusif. Apabila terdapat acara sukan, misalnya, butang 'R' ini digunakan untuk memaparkan beberapa acara sukan yang berlangsung serentak dalam susunan grid. Butang 'R' ini juga digunakan untuk memberi maklumat secara interaktif seperti pengemaskinian program, berita sukan, jumlah mata perlawanan, informasi sukan, dan informasi pihak penaja. Perkhidmatan ini dapat digunakan dengan menekan butang 'R' pada alat kawalan jauh Astro yang berdaftar.

Perkhidmatan butang 'R' pertama kali digunakan pada Jun 2004 bagi menawarkan perkhidmatan interaktif untuk rancangan Akademi Fantasia, yang diadaptasikan dari rancangan negara Mexico, La Academia.

Fungsi butang 'R' yang lain untuk menyiarkan acara/sukan tertentu seperti:

AcaraJumlah saluranSaluran penyiaran
Sukan Olimpik Musim Panas 20046Astro SuperSport (Saluran 80, 81-86)
Sukan Olimpik Musim Sejuk 20063Astro SuperSport (Saluran 80, 81-83)
Sukan Komanwel 20063Astro SuperSport (Saluran 80, 81-83)
Piala Dunia 20068Astro SuperSport (Saluran 83, 84-91)
Sukan Asia Ke-154Astro SuperSport (Saluran 83-86)
Piala Thomas & Uber 20081Astro SuperSport (Saluran 816)
Euro 20083Astro SuperSport (Saluran 816, 817-819)
Sukan Olimpik Musim Panas 200811Astro SuperSport (Saluran 816-825, 826)
Piala Dunia 201011 (5 SD, 5 HD, 1 3D)Astro SuperSport (Saluran 800, 805-809, 810 HD, 825-829 HD, 830 3D)

Rujukan

WikiPedia: Astro Malaysia http://www.astroplc.com/ http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/7/... http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php... http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id... https://web.archive.org/web/20060819211847/http://... https://web.archive.org/web/20121031170422/http://... https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/trading_res... https://web.archive.org/web/20150724121534/http://... http://www.bursamarketplace.com/index.php?ch=ch_th... https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/trading_res...